Program Kembara Berakit Sg Betis Sempena Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Peringkat Negeri Kelantan
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniProgram anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu dilakukan buat pertama kalinya bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-62 dalam kalangan masyarakat Orang Asli.
Program berakit ini menggunakan 25 buah rakit buluh sejauh 10 kilometer itu mengambil masa hampir lima jam. Program ini melibatkan masyarakat Orang Asli di sekitar kampung, Kawasan Rukun Tetangga (KRT), agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program berakit ini dapat menyatupadukan lagi hubungan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat luar.
Penyertaan masyarakat orang asli membuktikan masyarakat di pedalaman negeri ini juga tetap bersemangat patriotik menyertai program bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: